Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja berusia 15 tahun.
Aslan Syah Saymsir, 22, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sekitar bulan November 2024, jam lebih kurang 11.00 malam di rumah tidak bernombor di sebuah kampung dalam daerah Ranau.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 2 April pengurusan kes pra perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3, 000 dengan dua penjamin tempatan.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh melapor diri sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah sekiranya ada, dan tidak mengganggu mangsa atau mana-mana saksi pihak pendakwaan.
Pendakwaan dikenalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir.



