Read Time:26 Second
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM300,000 daripada SD Guthrie Berhad (Guthrie) kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).
Pengarah Urusan Kumpulan, Mohd Haris Mohd Arshad menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Guthrie kepada Pengarah YKS Datuk Diyanah Abdullah dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.
Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun, Ketua Perkhidmatan Operasi Kumpulan Guthrie Razlanshah Abd Malek dan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Huluan, Wilayah Sabah R Vijayakumar.



