HomeSukanPiala Cabaran : Sabah FC sasar kemenangan pada aksi kedua di Likas,...

Piala Cabaran : Sabah FC sasar kemenangan pada aksi kedua di Likas, buru tiket ke final

Read Time:1 Minute, 11 Second

MANJUNG: Sabah FC membawa pulang keputusan seri tanpa jaringan selepas terikat 0-0 dengan Perak FA pada aksi separuh akhir pertama MFL Challenge Cup di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, di sini Rabu lalu.

Ketua jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido berkata, beliau memuji komitmen tinggi dipamerkan anak buahnya dalam perlawanan yang disifatkan tidak mudah itu.

Beliau berkata, beraksi di gelanggang lawan sentiasa memberi cabaran tambahan walaupun Perak beraksi dalam divisyen lebih rendah.

“Pasukan bekerja keras dan melaksanakan tugas dengan baik. Perlawanan ini tidak mudah kerana kami bermain di tempat lawan.

“Mungkin ada yang memandang rendah pasukan ini kerana mereka dari divisyen lebih rendah, tetapi kami tahu kemampuan mereka termasuk bagaimana mereka pernah menyukarkan Kuala Lumpur sebelum ini,” katanya selepas perlawanan.

Garrido mengakui skuadnya turun dengan sasaran untuk meraih kemenangan, namun tetap berpuas hati dengan usaha yang ditunjukkan pemain sepanjang 90 minit aksi.

“Kami datang dengan keinginan untuk memenangi perlawanan ini. Sudah tentu kami tidak gembira kerana tidak menang, tetapi saya berpuas hati dengan usaha dan kerja yang dilakukan oleh para pemain,” katanya.

Beliau dalam masa sama optimis Sabah mampu mempamerkan aksi lebih baik apabila kembali beraksi di laman sendiri pada perlawanan timbal balik nanti.

“Kini kami menantikan perlawanan di tempat sendiri di hadapan penyokong kami dan berharap dapat meraih kemenangan,” katanya.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang terbuka menjelang aksi separuh akhir kedua yang dijadual berlangsung di Stadium Likas, 11 Mac ini.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Pemanah Kota Kinabalu diseru terus raih pingat, kekal disiplin dan jauhi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular