HomeUtamaMUTIARA GRS sumbang kuih raya untuk pasukan keselamatan, petugas kesihatan

MUTIARA GRS sumbang kuih raya untuk pasukan keselamatan, petugas kesihatan

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) meneruskan tradisi kebajikan dengan menyediakan sumbangan kuih raya kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Program pembungkusan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri itu diketuai oleh isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS.

Program tahunan anjuran Biro Kebajikan MUTIARA GRS itu diadakan di Rumah MUTIARA GRS dengan penyertaan pemimpin serta ahli pertubuhan berkenaan yang bergotong-royong menyediakan bungkusan kuih raya untuk diagihkan kepada penerima.

Juliah berkata, inisiatif berkenaan merupakan tanda penghargaan kepada anggota keselamatan dan petugas kesihatan yang terus komited menjalankan tugas demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat, termasuk ketika musim perayaan.

Menurutnya, bagi program tahun ini, MUTIARA GRS menyediakan sebanyak 30 kotak yang mengandungi 300 bungkusan kuih raya selain 15 bakul tangan sumbangan untuk diagihkan kepada penerima.

Katanya, semua bungkusan itu akan diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 10 Mac depan sempena Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 kepada Anggota Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan sebelum diagihkan kepada agensi berkaitan.

“Program ini bukan sahaja menjadi wadah menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli MUTIARA GRS, malah turut memberi peluang kepada kita berkongsi kegembiraan Aidilfitri dengan mereka yang berkhidmat untuk masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua I merangkap Pengerusi Biro Kebajikan MUTIARA GRS Datin Seri Linda Ewit berkata, program pembungkusan kuih raya itu merupakan antara aktiviti tahunan pertubuhan berkenaan yang mencerminkan semangat kebajikan serta keprihatinan terhadap golongan yang sentiasa berada di barisan hadapan menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Peniaga dikompaun guna alat timbang tamat tempoh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular