HomeUtamaPengarah syarikat didakwa menipu RM12 juta berkaitan pegangan saham

Pengarah syarikat didakwa menipu RM12 juta berkaitan pegangan saham

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menipu seorang lelaki berjumlah RM12 juta berkaitan pegangan saham.

Datuk Chee Chi Nyen, 47, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama Chee Chi Vun, 52, didakwa mencapai niat bersama menipu seorang lelaki berusia 75 tahun dengan memperdayakan beliau bahawa beliau akan diberikan pegangan saham sebanyak 45 peratus dalam Syarikat Deevin Development Sdn. Bhd.

Hal ini didakwa mendorong mangsa menyerahkan wang antara RM1 juta dan RM9 juta melalui beberapa cek kepada tertuduh 25 April 2022 dan 30 Ogos 2022 di Kota Kinabalu dan Penampang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang memperuntukkan penjara antara satu hingga 10 tahun, dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 6 April untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1 juta dengan RM500,000 deposit bagi setiap pertuduhan serta dua penjamin tempatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh, Rohaiza Abd Rahman dan Eugenie Meredith Gilbert, manakala peguam Zahir Shah mewakili tertuduh.

Sebagai rekod, pada 16 Februari lalu, Datuk Chee Chi Vun yang merupakan abang tertuduh, telah didakwa atas tujuh pertuduhan yang sama membabitkan RM20 juta.

Kes Chi Vun juga akan disebut semula pada 6 April.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2026/02/16/ahli-perniagaan-janjikan-pegangan-saham-didakwa-perdaya-rm20-juta/

RELATED ARTICLES
Utama

Miliki 32 video lucah, lelaki dipenjara 6 bulan dan didenda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular