HomeUtamaInisiatif Meja Ekonomi Tanjung Keramat bantu peniaga tempatan tingkatkan ekonomi

Inisiatif Meja Ekonomi Tanjung Keramat bantu peniaga tempatan tingkatkan ekonomi

Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN: Inisiatif Meja Ekonomi Tanjung Keramat dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan dan peniaga tempatan bagi memperkukuh ekonomi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Shah Alfie Yahya berkata inisiatif tersebut merupakan salah satu teras manifestonya dahulu, dan dijangka menjadi pemangkin kepada golongan peniaga serta merancakkan pelbagai industri di kawasan itu.

Menurut beliau, selain bertujuan mewujudkan komuniti yang berdaya saing dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, pelan Meja Ekonomi Tanjung Keramat juga berpotensi membuka peluang pekerjaan dan memacu ekonomi di Putatan secara keseluruhan.

“Kami di Tanjung Keramat sedang membangunkan inisiatif Meja Ekonomi Tanjung Keramat yang mana melalui inisiatif ini, kita mahu memberi lebih banyak sokongan kepada peniaga kecil, usahawan mikro dan peniaga tempatan.

“Ini supaya mereka dapat berkembang, meningkatkan pendapatan dan memperkukuhkan ekonomi komuniti kita sendiri.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua peniaga yang berniaga dengan penuh semangat, serta kepada para penduduk yang terus menyokong peniaga tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi walkabout bertemu para peniaga dari Tanjung Keramat di bazar Aeropod, Kota Kinabalu, pada Isnin.

Mengulas mengenai program itu, Shah Alfie berkata, majoriti peniaga yang ditemui merupakan pemain industri makanan dan minuman (F&B) yang menggunakan platform bazar untuk mempromosikan produk mereka.

“Bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli juadah berbuka puasa, tetapi ia juga merupakan satu ruang ekonomi yang penting kepada penduduk setempat.

“Saya juga difahamkan terdapat peniaga di sini adalah merupakan penduduk tempatan Tanjung Keramat yang berusaha menambah pendapatan mereka melalui perniagaan kecil sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pelbagai inisiatif dalam Meja Ekonomi Tanjung Keramat akan diteruskan, selain pihaknya berperanan sebagai pemudah cara kepada peniaga untuk mendapatkan bantuan perniagaan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekalan beras Sabah mencukupi, pengguna tidak perlu panik – Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular