HomeUtamaPPKS lancar Jejak Kanser 2026, dekati komuniti luar bandar

PPKS lancar Jejak Kanser 2026, dekati komuniti luar bandar

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Usaha memperkukuh kesedaran dan pengesanan awal penyakit kanser di Sabah terus dipertingkat menerusi pelancaran Program Jejak Kanser 2026 yang akan berlangsung di Dewan Masyarakat Pekan Ranau, pada Sabtu ini.

Program anjuran Persatuan Pencegah Kanser Sabah (PPKS) itu dijadual bermula seawal jam 8 pagi dan akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Drvl Joachim Gunsalam.

Jurucakap program, Lawrence Imui berkata, penganjuran tersebut melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta rakan strategik bagi memastikan pendekatan menyeluruh dalam pencegahan dan pengurusan penyakit kanser.

Menurutnya, Program Jejak Kanser 2026 merupakan inisiatif bersepadu yang memberi penekanan kepada pendidikan kesihatan, usaha pencegahan serta pengesanan awal, khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dan pedalaman.

“Program ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan awam serta mengurangkan kadar pengesanan lewat penyakit tidak berjangkit,” katanya.

Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program termasuk saringan kesihatan percuma, ceramah kesedaran, saringan kanser serviks, ujian smokerlyzer bagi mengesan kandungan karbon monoksida dalam pernafasan, pameran kesihatan serta khidmat nasihat oleh petugas perubatan bertauliah.

Orang ramai dijemput hadir bagi memanfaatkan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan maklumat berkaitan pencegahan kanser.

Program berkenaan diharap menjadi platform penting dalam memperkasa komuniti dengan pengetahuan kesihatan, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Sabah secara keseluruhan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dipenjara, simpan dan pindahkan harta curi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular