HomeUtamaHilang MyKad? Buat laporan polis dahulu sebelum mohon gantian – JPN Sabah

Hilang MyKad? Buat laporan polis dahulu sebelum mohon gantian – JPN Sabah

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai yang kehilangan MyKad dinasihatkan bertindak segera bagi memastikan urusan penggantian dapat dibuat dengan lancar.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya, memaklumkan bahawa sekiranya kehilangan berpunca daripada jenayah, kecuaian atau bencana, pemohon hendaklah membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berdekatan.

“Permohonan gantian boleh dibuat dengan membawa dokumen berkaitan serta mematuhi kadar bayaran yang telah ditetapkan mengikut kekerapan kehilangan,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Unit Komunikasi Korporat JPN Sabah di talian 088-488300 / 488301 atau e-mel [email protected].

JPN Sabah menegaskan komitmennya untuk terus memberikan perkhidmatan yang cekap, telus dan berintegriti kepada masyarakat.

Sementara itu, JPN Sabah turut memaklumkan kaunter perkhidmatan di seluruh pejabatnya termasuk cawangan UTC akan ditutup sementara bersempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 30 Mac 2026 (Isnin).

Kaunter perkhidmatan akan beroperasi semula pada 31 Mac 2026 (Selasa).

Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk merancang urusan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

RELATED ARTICLES
Utama

28 peserta meriahkan pertandingan ‘Colour Light’ sempena Aidilfitri di Kawang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular