HomeEkonomiIDS Sabah bentang cadangan pelbagaikan sumber hasil negeri

IDS Sabah bentang cadangan pelbagaikan sumber hasil negeri

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah membentangkan cadangan bagi mempelbagaikan sumber hasil negeri dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, di pejabatnya, di sini, hari ini.

Cadangan bertajuk Mekanisme Pelaksanaan, Sumber Pendapatan Baharu itu dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah, Datuk Ts Dr Ramzah Dambul, dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kedudukan fiskal negeri melalui pendekatan lebih strategik dan mampan.

Menurut Ramzah, pembentangan tersebut menekankan kepentingan mempelbagaikan sumber hasil negeri, memperkasa pengurusan aset secara strategik serta meneroka potensi baharu dalam sektor berimpak tinggi, selain mengurangkan kebergantungan kepada sumber hasil tradisional.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan Sabah menjadi negeri yang lebih berdaya saing, mampan dan berdaya tahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Masidi dalam mesyuarat berkenaan menegaskan kepentingan penggunaan data dan penyelidikan sebagai asas dalam merangka dasar yang berkesan, sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Beliau turut menekankan keperluan memperkasakan produk tempatan Sabah sebagai pemacu utama ekonomi negeri, termasuk meningkatkan kualiti, penjenamaan dan kebolehpasaran di peringkat domestik serta antarabangsa.

“Produk tempatan mempunyai potensi besar untuk diketengahkan dan perlu diberi sokongan berterusan agar mampu bersaing di pasaran lebih luas,” katanya.

Masidi turut berharap kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan IDS Sabah akan terus diperkasa bagi memastikan setiap dasar yang dirangka memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat Sabah.

Mesyuarat tersebut turut memberi tumpuan kepada pembentangan kajian serta cadangan dasar oleh IDS Sabah dalam memperkukuh perancangan pembangunan yang lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Penyelidikan IDS Sabah, Victor Sikain bersama rombongan kakitangan institut berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Penjadualan semula rayuan berhubung 40% Sabah tidak jejaskan isu utama –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular