HomeUtamaSeludup Migran: Warga Filipina dipenjara 8 tahun

Seludup Migran: Warga Filipina dipenjara 8 tahun

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Seorang kapten vesel dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menyeludup seorang migran dari Filipina ke Malaysia.

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menjatuhkan hukuman itu terhadap Jose Leo Tabobot Vizon, 58, selepas tertuduh, pemegang passport Filipina, mengaku bersalah pada Isnin.

Jose didapati menyeludup seorang migran tanpa dokumen pada 11 hingga 13 Julai 2025, bertempat di dalam vesel di Jeti Angkasa Lama, Kudat.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007, yang memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, migran menyatakan bahawa dia telah ditawarkan pekerjaan oleh tertuduh yang merupakan kapten vesel SKD000128F dan turut bertanggungjawab ke atas vesel KT6616/3/F.

Perjalanan migran dari Palawan, Filipina ke Malaysia turut diatur oleh tertuduh.

Pada 11 Julai 2025, migran memulakan perjalanan dengan menaiki vesel menangkap ikan dari Palawan ke Pulau Mangsee, Filipina. Setibanya di perairan berdekatan Pulau Mangsee kira-kira jam 10malam, migran diarahkan pindah ke vesel lain berdaftar SKD000128F. Pertukaran ini berlaku di tengah laut berhampiran perairan Mangsee, Filipina.

Pada 19 Julai 2025, vesel SKD000128F berlabuh di Jeti Angkasa Lama, Kudat, dan migran diarahkan oleh tertuduh untuk pindah ke vesel KT6616/3/F dan meneruskan kerja di atasnya.

Seterusnya, pada 7 Ogos 2025, vesel KT6616/3/F berlabuh di Penuwasa Sdn. Bhd., Kawasan Perindustrian Kudat bagi tujuan pembaikan. Migran kemudian ditangkap oleh pegawai Imigresen pada 11 Ogos 2025 semasa berada di atas vesel KT6616/3/F.

Siasatan lanjut mendapati bahawa migran telah diseludup dari Filipina ke Malaysia oleh tertuduh menggunakan vesel SKD000128F.

Justeru, tertuduh dengan sengaja mengatur dan memudahkan kemasukan migran secara haram ke Malaysia, sekali gus melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007.

Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB digalak teroka teknologi, tenaga baharu dan ekonomi digital

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular