HomeUtamaPutatan lokasi pertama jelajah KKTP

Putatan lokasi pertama jelajah KKTP

Read Time:58 Second

PUTATAN : Daerah Putatan menjadi lokasi pertama Program Jelajah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) bagi meninjau isu semasa dan keperluan rakyat di peringkat pihak berkuasa tempatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara isu yang dibangkitkan ialah keperluan menyediakan Program Perumahan Rakyat (PPR), setinggan dan kebersihan.

“Kita akan mencari jalan penyelesaian secara bersama bagi menangani perkara yang menjadi keutamaan.

“Saya menerima taklimat yang amat baik daripada Majlis Daerah Putatan dan beberapa isu telah dikemukakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa Program Jelajah KKTP di Majlis Daerah Putatan, di sini pada Isnin.

Arifin berkata matlamat jelajah tersebut adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar di lapangan dan mendengar perancangan Majlis Daerah dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menurut beliau, sebahagian isu di daerah Putatan seperti kebersihan telah diambil tindakan oleh Majlis Daerah namun usaha penambahbaikan akan diteruskan dari masa ke semasa.

Selain itu, Arifin berkata, pendekatan jelajah turut digabungkan dengan penglibatan jabatan dan agensi agama bagi memperkukuh program pembangunan komuniti.

“Antaranya kita akan adakan Tadarus Subuh yang akan diadakan di beberapa lokasi sempena jelajah ini,” katanya yang turut melawat ke tapak projek pejabat baru Majlis Daerah Putatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri komited perkasa pendidikan – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular