HomeUtamaEmpat RUU dijangka dibentang pada persidangan DUN Sabah hujung bulan ini

Empat RUU dijangka dibentang pada persidangan DUN Sabah hujung bulan ini

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Empat Rang Undang-Undang (RUU) dijangka akan dibentang dan dibahaskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 yang akan berlangsung bermula 27 hingga 30 April ini.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata, Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman turut dijangka akan menyampaikan ucapan dasar pada 23 April nanti.

“Kita juga masih menunggu beberapa lagi RUU yang mungkin akan dikemukakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini pada Selasa.

Kunjungan tersebut bertujuan menyampaikan undangan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk merasmikan persidangan berkenaan.

Persidangan DUN dijadualkan bermula 27 hingga 30 April, manakala Istiadat Pembukaan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 23 April ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa hadiri Royal Mess Night, himpun 1,000 warga keselamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular