HomeUtamaMCMC siasat individu sebar berita palsu diesel ke Filipina

MCMC siasat individu sebar berita palsu diesel ke Filipina

Read Time:1 Minute, 6 Second

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berkaitan dakwaan pembekalan kira-kira 329,000 tong bahan api diesel ke Filipina.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan mendapati diesel berkenaan adalah milik syarikat perdagangan Vitol dan bukannya milik Petronas atau Kerajaan Malaysia.

Menurutnya, peranti komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut turut disita bagi membantu siasatan lanjut.

Setakat 14 April lalu, sebanyak 47 kertas siasatan telah dibuka melibatkan penyebaran berita palsu berkaitan krisis tenaga global di platform media sosial dan digital susulan konflik di Asia Barat.

“MCMC sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas semua kes terbabit,” menurut kenyataan itu.

Antara kandungan tidak benar yang dikesan tular termasuk dakwaan kenaikan harga bahan api melebihi pengumuman sebenar, peningkatan tarif elektrik, kapal Malaysia di Selat Hormuz membayar tol kepada Iran, pemberian subsidi BUDI95 kepada warga Singapura, serta penghantaran diesel milik Vitol ke Filipina yang didakwa sebagai milik Malaysia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC menegaskan, pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform digital yang bertujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa hadiri Royal Mess Night, himpun 1,000 warga keselamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular