HomeUtamaMasidi santuni warga industri O&G di Majlis Aidilfitri PTTEP

Masidi santuni warga industri O&G di Majlis Aidilfitri PTTEP

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran syarikat PTT Exploration and Production (PTTEP) di Hotel Marriott di sini.

PPTEP adalah salah satu syarikat minyak dan gas terbesar Thailand dan antara syarikat-syarikat minyak antarabangsa yang sedang beroperasi di Sabah.

Dalam majlis ini, beliau yang juga Menteri Kewangan turut meluangkan masa beramah mesra bersama kakitangan PTTEP serta wakil syarikat-syarikat minyak dan gas yang beroperasi di Sabah.

Majlis ini mencerminkan hubungan baik serta kerjasama berterusan antara kerajaan negeri Sabah dan pemain industri minyak dan gas, khususnya dalam memperkukuh pelaburan serta pembangunan sektor tenaga di negeri ini.

Turut hadir, Pengurus (Country Manager) PPTEP Malaysia Vitoon Chaisomboonpan, Ketua Aset Brownfield Malaysia PTTEP Al Ashraf Zarif Al Bakri, Ketua Pegawai Eksekutif SMJ Energy, Datuk Dr Dionysia Kibat dan Pengarah Eksekutif Upstream SMJ Energy Datuk Albert Lo ll.

RELATED ARTICLES
Utama

52 anggota TLDM terima lencana kepakaran kapal selam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular