HomeUtamaPeniaga dikompaun guna alat timbang tamat tempoh

Peniaga dikompaun guna alat timbang tamat tempoh

Read Time:50 Second

LABUAN: Seorang peniaga runcit dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan kerana menggunakan alat timbang yang tamat tempoh sah.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain, berkata kompaun tersebut dikeluarkan susulan pemeriksaan yang dijalankan oleh anggota penguat kuasa KPDN ke atas premis berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati peniaga terbabit masih menggunakan alat timbang jenis neraca spring yang tempoh sah penentusahan semulanya telah luput sejak 13 Oktober 2014.

“Tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sehubungan itu, KPDN Labuan menegaskan semua peniaga agar memastikan alat timbang dan sukat yang digunakan sentiasa ditentusahkan dan berada dalam tempoh sah oleh pembaik berlesen bagi menjamin ketepatan sukatan serta melindungi kepentingan pengguna.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berkaitan boleh menyalurkannya melalui saluran rasmi KPDN bagi membolehkan tindakan lanjut diambil,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekalan Beras Sabah Stabil, Dakwaan Sorok Stok Tidak Berasas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular