KOTA KINABALU, Negeri Sabah bakal menjadi tumpuan apabila penceramah Islam bertaraf global, Mufti Ismail Menk, dijadualkan tampil dalam acara bual bicara langsung “Mufti Menk Live in Sabah” yang akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), pada 30 April 2026 nanti.
Program yang membawa tema “Broken but Beloved” itu dijangka menarik ribuan hadirin dari seluruh Sabah serta luar negeri, sekali gus menjadikannya antara acara inspirasi terbesar dianjurkan di negeri ini tahun ini.
Dikenali dengan gaya penyampaian yang santai dan menyentuh hati, Mufti Menk mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia.
Kupasan beliau sering menyentuh isu kehidupan semasa termasuk ketahanan emosi, hubungan kekeluargaan dan pencarian makna hidup, yang dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan belia dan profesional.
Majlis berkenaan dijangka diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, bersama Toh Puan Datin Seri Panglima Faridah Haji Tussin serta pemimpin negeri, tokoh korporat dan orang ramai.
Acara yang dianjurkan oleh Glocal Link (M) Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Faith Events dan Al Falah Team Solutions, syarikat yang berpengalaman dalam menganjurkan program berskala besar bertaraf antarabangsa.
Menurut penganjur, program ini bertujuan menjadi platform pembangunan diri secara inklusif dengan menghimpunkan masyarakat dalam suasana perkongsian ilmu dan refleksi positif.
Selain itu, acara tersebut turut mendapat sokongan beberapa rakan strategik termasuk Bidaura, MARA Corporation, Weststar Aviation, SICC, Abang Aminn Travel & Tours Sdn Bhd dan Le Méridien Kota Kinabalu.
Tiket ditawarkan dalam empat kategori iaitu Gold (RM250), Silver (RM150), pelajar IPTA/IPTS (RM75) dan pelajar sekolah menengah (RM50), dengan permintaan dilaporkan tinggi dan tempat dijangka penuh dalam masa terdekat.
Orang ramai yang berminat disaran mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan, manakala maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman rasmi penganjur.
Penganjur turut menegaskan bahawa peluang menyaksikan penceramah bertaraf global seperti Mufti Menk di Sabah adalah jarang berlaku dan merupakan acara yang tidak wajar dilepaskan.
Untuk keterangan serta Maklumat lanjut mengenai pembelian tiket ianya boleh dilayari di:
https://faithevents.asia/muftimenksabah/ticket-purchase
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
013-8034593 / 019-4404559



