HomeUtamaTransformasi Industri Sawit Diperkasa di IPOMC 2026, Fokus Teknologi dan Bakat Masa...

Transformasi Industri Sawit Diperkasa di IPOMC 2026, Fokus Teknologi dan Bakat Masa Depan

Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR — Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terus memperkukuh daya saing industri pengilangan minyak sawit negara menerusi penerapan teknologi moden, amalan kelestarian serta pembangunan modal insan secara bersepadu, selaras dengan keperluan industri yang semakin dinamik.

Menteri KPK, Noraini Ahmad berkata, komitmen itu dizahirkan melalui penganjuran International Palm Oil Millers Conference 2026 yang berlangsung dari 23 hingga 25 April di Kuala Lumpur.

Persidangan anjuran The Incorporated Society of Planters itu menghimpunkan kira-kira 300 delegasi industri dan menjadi platform penting untuk membincangkan hala tuju masa depan sektor pengilangan minyak sawit.

Menurut beliau, kecemerlangan industri memerlukan pendekatan seimbang yang menggabungkan teknologi, kelestarian dan pembangunan bakat sebagai asas kepada industri yang kukuh serta berdaya saing.

Penggunaan teknologi seperti pendigitalan, automasi, analitik data dan kecerdasan buatan (AI) mampu meningkatkan kecekapan operasi, mempertingkat kawalan kualiti, mengurangkan gangguan operasi serta membolehkan penyelenggaraan yang lebih proaktif berasaskan data.

Dalam masa sama, aspek inovasi dan penyelidikan turut diberi penekanan bagi meneroka pendekatan baharu termasuk pembangunan produk yang lebih mampan dan memenuhi keperluan pasaran global yang sentiasa berubah, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Noraini lagi, kelestarian kekal menjadi keutamaan melalui pengurusan sumber secara bertanggungjawab, peningkatan kecekapan tenaga serta pengurangan sisa.

Pematuhan kepada piawaian seperti Malaysian Sustainable Palm Oil serta pengurusan isu keselamatan makanan termasuk 3-MCPD dan glycidyl esters adalah penting bagi memastikan reputasi industri terus terpelihara dan akses ke pasaran antarabangsa kekal terjamin.

Selain itu, pembangunan modal insan akan terus diperkasa melalui pelaburan dalam pendidikan, latihan berterusan dan pembangunan kepimpinan bagi memastikan tenaga kerja industri kekal berkemahiran tinggi serta bersedia menghadapi perubahan.

Kerjasama erat antara pemain industri, agensi kerajaan dan institusi akademik turut menjadi elemen penting dalam membangunkan ekosistem industri yang lebih mampan, inovatif dan berdaya tahan.

KPK yakin pendekatan bersepadu yang menekankan teknologi, kelestarian dan pembangunan bakat akan memastikan industri pengilangan minyak sawit negara kekal relevan serta berdaya saing di peringkat global, katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kekal tenang dan amalkan perbelanjaan berhemah – ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular