HomeUtamaProjek Ulu Padas bakal tingkatkan kestabilan tenaga dan air Sabah

Projek Ulu Padas bakal tingkatkan kestabilan tenaga dan air Sabah

Read Time:1 Minute, 54 Second

TENOM: Projek Ulu Padas memperlihatkan pembangunan berskala besar yang menggabungkan tenaga dan bekalan air secara bersepadu sebagai pemacu utama masa depan Sabah.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim berkata, projek itu merangkumi dua komponen utama iaitu tenaga (hidro dan solar) serta bekalan air, yang dirancang secara bersepadu bagi menjamin kelestarian sumber negeri.

“Lawatan ke tapak projek Ulu Padas hari ini memperlihatkan satu pembangunan berskala besar yang bakal menjadi antara pemacu utama masa depan Sabah.

“Bagi komponen tenaga, projek hidroelektrik Ulu Padas mempunyai kapasiti 187.5MW dengan anggaran penjanaan tahunan sekitar 1,052 GWh tenaga bersih.

“Ini menyumbang kira-kira 15 peratus kepada kapasiti tenaga boleh diperbaharui Sabah sekali gus memperkukuh kestabilan grid negeri serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga tidak boleh diperbaharui,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, menjelang 2030, apabila projek ini mencapai Commercial Operation Date (COD), ia akan diperkukuh lagi dengan pembangunan Floating Solar berkapasiti 150MW (2030–2031).

“Secara keseluruhan, gabungan ini akan menjadikan kapasiti tenaga boleh diperbaharui mencecah 337.5MW, satu lonjakan besar ke arah masa depan tenaga yang lebih bersih dan mampan,” katanya.

Azrul berkata projek empangan ini dijangka bermula sekitar pertengahan 2026 dan siap menjelang akhir 2029, dengan fungsi utama sebagai sumber bekalan air berskala besar.

Menurutnya, empangan ini mampu menyokong pengeluaran sehingga 6,000 juta liter air sehari, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber air sungai yang terdedah kepada risiko kemarau.

Skop pembangunan bekalan air ini juga melibatkan pembinaan 385 MLD Intake dan Raw Water Pumping Station, selain pembinaan loji rawatan air berkapasiti 350 MLD.

Ia turut merangkumi pembangunan rangkaian paip air terawat sepanjang kira-kira 220 kilometer termasuk jambatan paip yang akan menyalurkan bekalan dari Sipitang hingga ke Kota Kinabalu serta cabang ke Kuala Penyu, di samping pembinaan tujuh takungan imbangan dan servis baharu.

“Keseluruhan sistem ini akan memastikan bekalan air yang lebih stabil, terancang dan berdaya tahan, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan cuaca,” katanya.

Dari segi pelaksanaan, Azrul berkata, projek hidro ini kini dalam fasa pembinaan dengan kemajuan sekitar 8 peratus setakat Mac 2026, melibatkan pembangunan empangan, terowong, loji janakuasa dan pelbagai infrastruktur sokongan utama.

“Secara keseluruhannya, projek Ulu Padas ini adalah satu pelaburan strategik yang berimpak tinggi, bukan sahaja memperkukuh keselamatan tenaga negeri, tetapi juga menjamin kestabilan bekalan air untuk rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi Sabah dalam jangka panjang,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Daftar SKDS sektor pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Labuan dibuka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular