HomeUtama15 warga asing ditahan atas kesalahan Imigresen

15 warga asing ditahan atas kesalahan Imigresen

Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Seramai 15 warga asing ditahan dalam satu operasi Ops Sapu yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Kota Kinabalu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah baru-baru ini.

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 25 individu telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati 15 daripadanya melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Daripada jumlah tangkapan, tujuh lelaki dewasa dan lapan perempuan dewasa warga Filipina ditahan kerana disyaki tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di bawah peruntukan Akta Imigresen 1959/63,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JIM Sabah menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran warga asing yang melakukan kesalahan di bawah akta Imigresen.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Sabah bawa pulang wanita koma di Vietnam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular