HomeUtama51 pemimpin pengakap kanak-kanak terima Manikayu Il Butir pengakap Zon 1 Tawau

51 pemimpin pengakap kanak-kanak terima Manikayu Il Butir pengakap Zon 1 Tawau

Read Time:1 Minute, 19 Second

TAWAU: Seramai 51 pemimpin pengakap kanak-kanak diraikan apabila ditauliahkan dan dikalungkan Manikayu II Butir dalam Majlis Pengalungan Manikayu II Butir dan Apresiasi Pengakap Zon 1 Tawau 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu Keramat, di sini, baru-baru ini.

Majlis berkenaan menghimpunkan pemimpin serta ahli Pengakap dari seluruh Zon 1 Tawau sebagai pengiktirafan terhadap mereka yang berjaya menamatkan latihan kepimpinan sekali gus layak menerima pentauliahan Manikayu II Butir.

Alex Dennis (kanan) dianugerahkan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Terbaik 2025. Anugerah disampaikan Oleh Timbalan Majlis Pengakap Sabah, Datuk Awang Zaini Suntim.

Selain itu, sebanyak 45 anugerah turut disampaikan sebagai tanda penghargaan kepada ahli dan pemimpin yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2025, sekali gus diharap menjadi pemangkin untuk terus aktif dalam aktiviti kepengakapan.

Majlis tersebut dirasmikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Jamaluddin @ Jamal Jinal yang diwakili Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri Sabah II, Lasalama Lai.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan, beliau menegaskan latihan berterusan serta semangat kesukarelawanan merupakan tunjang utama dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan berakhlak mulia selaras dengan prinsip Pengakap.

Turut hadir, Pesuruhjaya Latihan Pengakap Negeri Sabah, Makkrin Sudi serta Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Sabah, Datuk Dr Awang Zaini Suntim.

Dalam majlis sama, seramai 38 pemimpin bagi Unit Pengakap Muda turut menerima Manikayu II Butir.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil dan lencana Keris Gangsa, Perak dan Emas bagi Pengakap Kanak-kanak serta lencana Usaha, Maju dan Jaya bagi Pengakap Muda.

Penganjuran program itu mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan kepimpinan serta memperkasa gerakan Pengakap di Zon 1 Tawau khususnya, dan Sabah amnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan Sime Darby Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular