HomeUtama54 warga asing ditahan di Sipitang dan Semporna

54 warga asing ditahan di Sipitang dan Semporna

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Seramai 54 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di Sipitang dan Semporna.

JIM Sabah berkata, operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan melalui Ops Sapu dan Ops Kutip yang berjaya mengesan warga asing melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Di Sipitang, Ops Sapu yang dijalankan telah memeriksa seramai 68 individu dan daripada jumlah itu, 50 warga asing ditahan.

“Tangkapan melibatkan warga Filipina iaitu 14 lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa, 10 kanak-kanak lelaki dan 12 kanak-kanak perempuan. Dua lagi lelaki dewasa yang ditahan merupakan warga Pakistan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, di daerah Semporna, Ops Sapu dan Ops Kutip yang dilaksanakan telah memeriksa seramai enam individu dan empat daripadanya merupakan warga asing.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada lelaki warga Pakistan.

“JIM Sabah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara,” tambah kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga Korea antara 28 warga asing ditahan pihak imigresen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular