HomeUtama66 mangsa banjir di Beaufort berlindung di PPK Selagon

66 mangsa banjir di Beaufort berlindung di PPK Selagon

Read Time:45 Second

BEAUFORT: Seramai 66 mangsa dari 24 keluarga yang terjejas banjir di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon selepas banjir melanda tiga kampung di daerah ini setakat jam 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, keadaan banjir di Beaufort dilaporkan semakin meningkat berikutan hujan berterusan di kawasan hulu dan limpahan air Sungai Padas.

PPK Selagon yang dibuka pada jam 3 petang tadi adalah selepas daerah itu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir.

Pihak berkuasa terus memantau perkembangan semasa berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu dan paras air yang menunjukkan trend meningkat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, sehingga jam 6 petang tadi, sebanyak enam buah sekolah di daerah Beaufort dilaporkan terjejas.

Antara sekolah terlibat Sekolah Kebangsaan (SK) Lago; SK Batu 60; SK Mempagar; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul; SK Suasa; dan SK Jabang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Inkues Zara: Saya cuma mahukan siasatan yang telus – Saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular