HomeUtama25 kampung di Beaufort dilanda banjir, PPK Selagon diaktifkan

25 kampung di Beaufort dilanda banjir, PPK Selagon diaktifkan

Read Time:1 Minute, 23 Second

BEAUFORT: Sebanyak 25 buah kampung di daerah ini dilaporkan dilanda banjir susulan limpahan air Sungai Padas yang semakin meningkat sejak semalam.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan dijangka terus meningkat berikutan hujan berterusan di kawasan hulu termasuk Tenom, Tambunan dan Keningau.

Beliau berkata, keadaan cuaca yang masih mendung turut menyumbang kepada peningkatan paras air sungai dan menyebabkan lebih banyak kawasan berisiko ditenggelami banjir.

“Banjir sudah bermula sejak kelmarin dan setakat hari ini kira-kira 25 kampung telah terjejas, antaranya Kampung Balibata, Binunuk, Luagan, Rompong, Labu, Berangin, Lawa, Kebajang Ulu, Lago, Suasa, Keramis, Jabang, Kuku, Berumbai dan Bangkalalak serta kampung-kampung di sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kawasan terjejas banjir sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di sini pada Selasa.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, Pegawai Daerah Beaufort telah mengisytiharkan pengaktifan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon bagi menerima mangsa banjir yang terjejas.

Katanya, pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digerakkan untuk membantu memindahkan penduduk dari beberapa kampung yang terjejas, termasuk Kampung Suasa, Lago, Kansap, Kuku dan Jabang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko agar sentiasa bersedia untuk berpindah apabila diarahkan pihak berkuasa.

“Pastikan dokumen penting dibawa bersama, rumah dikunci dengan baik dan semua suis elektrik ditutup sebelum meninggalkan kediaman demi keselamatan,” katanya.

Ruslan turut mengingatkan penduduk agar tidak menunggu sehingga lewat malam untuk mendapatkan bantuan pemindahan kerana keadaan itu boleh menyukarkan operasi menyelamat dan meningkatkan risiko kepada pasukan keselamatan.

Beliau berkata, kerjasama penduduk amat penting bagi memastikan proses pemindahan berjalan lancar serta keselamatan semua pihak sentiasa terjamin.

RELATED ARTICLES
Utama

Ibu Zara dinasihat jangan “viralkan” kes — saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular