HomeUtamaPM Anwar ke Sabah hari ini, rasmi sambutan Pesta Kaamatan 2026

PM Anwar ke Sabah hari ini, rasmi sambutan Pesta Kaamatan 2026

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan ke Sabah hari ini bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri itu dijadual tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Beliau dijadual tiba di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Penampang pada jam 11 pagi bagi menyempurnakan majlis perasmian festival kebudayaan itu.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut dijadual melawat rumah-rumah tradisi etnik Sabah di pekarangan KDCA.

Pada Jumaat, Perdana Menteri berkata, beliau akan memberikan penjelasan terperinci mengenai tuntutan pemberian khas 40 peratus hasil bersih Sabah sewaktu lawatan kerja beliau ke negeri ini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, yang membangkitkan perkara berkaitan hak 40 peratus bagi Sabah.

“Itu (isu 40 peratus) saya akan jelaskan esok di Sabah. Saya akan ke Sabah esok (hari ini),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua finalis peraga pakaian tradisi Sungai Milian ‘Karantikung’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular