HomeUtamaSembilan PATI dipenjara, didenda masuk Sabah secara haram

Sembilan PATI dipenjara, didenda masuk Sabah secara haram

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) dijatuhi hukuman selepas mengaku bersalah memasuki Sabah tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua tertuduh terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan Pakistan.

Enam daripada mereka dijatuhi hukuman penjara empat bulan bermula dari tarikh tangkap, manakala tiga lagi didenda RM4,000 setiap seorang atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Mereka ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya Kota Kinabalu dan didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah semasa pemeriksaan dijalankan.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 29 Jun depan bagi sebutan semula kes melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita warga Filipina yang berdepan pertuduhan sama sementara menunggu pengesahan sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kesemua tertuduh yang telah dijatuhi hukuman diperintahkan dirujuk semula kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas selesai menjalani hukuman masing-masing.

RELATED ARTICLES
Utama

MetMalaysia keluar amaran ribut petir di lima daerah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular