HomeSukanBeberapa jalan utama di KK ditutup sementara Ahad ini sempena KK...

Beberapa jalan utama di KK ditutup sementara Ahad ini sempena KK City Fun Ride

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Beberapa jalan di sekitar daerah Kota Kinabalu akan ditutup sementara pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada penganjuran acara KK City Fun Ride sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan itu akan dilaksanakan pada Ahad bermula jam 7 pagi melibatkan laluan yang digunakan untuk acara berbasikal sejauh 24 kilometer tersebut.

Antara jalan terlibat ialah Jalan Kota Kinabalu – Kudat; Jalan Kota Kinabalu – Sindumin; Jalan Coastal Jalan Kemajuan; Jalan Pasir; Jalan Tun Fuad Stephens; Jalan PPNS; Jalan UMS dan Jalan KK Bypass.

Menurut kenyataan itu, penutupan yang dilaksanakan adalah melibatkan satu lorong jalan di sepanjang laluan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran program serta keselamatan para peserta.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh penutupan jalan berkenaan.

“Orang awam dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif serta mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh penutupan,” menurut kenyataan itu.

JKR turut meminta kerjasama semua pengguna jalan raya agar mematuhi arahan petugas yang bertugas di lokasi bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan semua pihak.

Acara KK City Fun Ride merupakan antara program yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu dan dijangka menarik penyertaan ramai penggemar aktiviti berbasikal dari seluruh negeri. 

RELATED ARTICLES
Sukan

Kerajaan Sabah pertimbang tambah geran PTNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular