KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menyempurnakan pelepasan peserta program 14th Mother’s Day Walk Abreast 2026 di Taman Awam Teluk Likas, di sini, pada Ahad.

Program anjuran Sabah Kinabalu Pink Ribbon itu bermula seawal jam 7 pagi dengan sesi senamrobik sebelum kira-kira 700 peserta mengambil bahagian dalam acara berjalan kaki sejauh 4.8 kilometer.
Bertemakan “Step by Step, Side by Side”, program tahunan berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Turut menyertai program itu ialah ahli-ahli Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), ahli keluarga, pemandiri kanser payudara serta komuniti setempat.
Program berkenaan menjadi platform untuk memperkukuh sokongan kepada pesakit dan pemandiri kanser payudara, selain memupuk semangat kebersamaan dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap penyakit tersebut.



