HomeUtamaPesara diperintah bela diri kes tuntutan palsu RM14,720

Pesara diperintah bela diri kes tuntutan palsu RM14,720

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seorang pesara diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM14,720.

Hakim Dr Nur Ashikin Mokhtar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Jaffar Matamin, 64, di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Julai untuk tertuduh membela diri.

Jaffar didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM14,720 berkaitan pembekalan makanan dan minuman kepada pengamal media sempena Kejohanan Sukan Saga IX Keningau 2019 yang berlangsung dari 5 hingga 13 Disember 2019 menerusi syarikat Didi Enterprise.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Daerah Keningau pada 18 Februari 2020 dengan niat memperdayakan Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai tuntutan palsu atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil 13 saksi untuk memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali.

RELATED ARTICLES
Utama

Telur penyu bernilai RM3,000 dirampas di Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular