HomeUtamaKasih sayang ibu terhadap Zara tulus, bukan dibuat-buat – Pakar psikatri

Kasih sayang ibu terhadap Zara tulus, bukan dibuat-buat – Pakar psikatri

Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan bahawa ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menyayangi anaknya dan kasih sayang itu adalah tulus, bukannya dibuat-buat.

Pakar Psikiatri Dr Wong Haw Huo bersetuju dangan peguam Shahlan Jufri bahawa ibu Zara, Noraidah Lamat, menyayangi Zara berdasarkan penilaian yang dibuat.

“Berdasarkan temu bual dengan ibu, bersama bukti lain yang kami kumpulkan daripada rakaman audio, video, hiasan di rumah dan dokumen bertulis, ia menunjukkan corak penjagaan, penglibatan serta pemberian bimbingan yang berterusan antara ibu dan Zara. Saya akan katakan ya,” katanya ketika menjawab soalan daripada Shahlan.

Apabila ditanya sama ada kasih sayang itu tulus atau dibuat-buat, Dr Wong berkata persoalan itu bersifat falsafah, namun dari sudut klinikal beliau melihat kasih sayang sebagai hubungan antara dua individu.

“Ini sebenarnya satu persoalan yang bersifat falsafah, sama ada kasih sayang itu tulus atau dibuat-buat. Dari perspektif saya sebagai seorang klinikal, kami melihat kasih sayang dan hubungan antara dua individu, sama ada antara pasangan, anak dengan ibu bapa, atau hubungan dengan bapa.

“Kasih sayang mempunyai pelbagai bentuk, namun kasih sayang sentiasa bersifat tanpa syarat. Maksudnya, jika saya menyayangi seseorang, saya sanggup melakukan apa sahaja untuk orang itu. Begitu juga dengan ibu Zara.

“Bayangkan ibu itu telah melalui begitu banyak kesukaran sejak kecil. Apabila Zara dilahirkan ke dunia ini, Zara menjadi satu-satunya anak perempuan Noraidah.

“Kita boleh melihat dan merasai bahawa wujud kasih sayang yang mendalam dan tulus antara mereka melalui hubungan yang rapat, komunikasi yang kerap, gelak ketawa serta cara mereka berkongsi kehidupan seharian. Malah, perkara-perkara kecil juga dikongsi bersama.

“Maksud yang tersirat di sebalik semua itu ialah kepercayaan. Tanpa kepercayaan, tiada kasih sayang. Kasih sayang juga boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui sentuhan fizikal atau hubungan emosi. Secara keseluruhannya, saya bersetuju bahawa ini adalah kasih sayang yang tulus antara seorang ibu dan anak,” katanya.

Zara, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya.

Kematiannya mencetuskan perhatian meluas di seluruh negara susulan dakwaan bahawa beliau menjadi mangsa buli.

Prosiding inkues akan bersambung pada 13 Julai.

RELATED ARTICLES
Utama

Bom lama ditemui berhampiran landasan, Lapangan Terbang Labuan ditutup sementara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular