HomeUtamaPeguam hargai petugas media atas liputan adil inkues Zara

Peguam hargai petugas media atas liputan adil inkues Zara

Read Time:1 Minute, 53 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Barisan peguam yang terlibat dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir merakamkan penghargaan kepada petugas media atas liputan yang profesional, adil dan tepat sepanjang prosiding itu.

Peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, berkata petugas media telah mengikuti dan membuat liputan prosiding berkenaan sejak ia bermula pada September tahun lalu.

“Terima kasih kepada media. Sejak September tahun lalu, setiap hari mengadakan sidang media dan saya percaya semua pihak media telah menjalankan tugas secara profesional.Saya percaya semua pihak media telah menjalankan tugas secara profesional.

“Terima kasih banyak kerana melaporkan inkues ini dengan tepat dan cepat. Terima kasih banyak,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Turut merakamkan penghargaan ialah peguam Joan Goh yang menyifatkan liputan media sepanjang prosiding itu sebagai adil dan seimbang.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak media kerana memberikan liputan yang sangat adil dan seimbang kepada kedua-dua pihak dalam kes ini,” katanya.

Selain Shahlan, pasukan peguam yang mewakili Noraidah terdiri daripada Datuk Rizwandean Bukhary M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Joan pula bersama Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan mewakili Pelajar A.

Empat lagi pelajar diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Mohammed Fareez Mohammed Salleh dan Sylyester Kuan.

Bapa Zara, Mahathir Mohd Hashim, pula diwakili peguam Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyone Conrad.

Pasukan pegawai pengendali inkues terdiri daripada bekas Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah yang kini Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Nahra Dollah, bersama Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.

Zara ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan asrama sekolahnya pada 16 Julai 2025 sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Pada 20 Ogos 2025, lima remaja bawah umur yang dikenali sebagai Pelajar A, B, C, D dan E didakwa di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghina Zara. Kesemua mereka mengaku tidak bersalah.

Prosiding inkues yang bermula pada 3 September 2025 itu berakhir Rabu lalu (14 Oktober), selepas Koroner Amir Shah Amir Hassan mendengar keterangan daripada 83 saksi.

Terdahulu, Koroner Amir Shah Amir Hassan menetapkan 15 Januari tahun depan sebagai tarikh keputusan inkues berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

UPPM, Sabah Electricity perkukuh kerjasama tangani isu bekalan elektrik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular