HomeUtamaGuru didakwa amang seksual dua pelajar dibicara bulan depan

Guru didakwa amang seksual dua pelajar dibicara bulan depan

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang guru akan dibicarakan pada 9-10 Ogos di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh itu ke atas lelaki berusia 50 tahun itu, yang didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, dibacakan bersama di bawah Seksyen 16 (1) Akta yang sama.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa  berusia 14 tahun pada 25 September 2025 jam 8.30 pagi di dewan sebuah sekolah di Papar.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan serupa terjadap seorang lagi pelajar berusia 15 tahun pada hari yang sama jam 9.20 pagi di tempat yang sama.

Lelaki itu, yang diwakili oleh peguam Dominic Chew Ban Huat, kini dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah yang diberikan sebelum ini, sementara menunggu perbicaraannya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Shafeerah Mad Iskim.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebatan, jika sabit kesalahan.

Manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebatan tidak kurang daripada dua sebatan, jika sabit kesalahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Bapa dipenjara 68 tahun 10 sebat rogol, amang seksual anak tiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular