HomeUtamaPM Anwar kecam tindakan Onn Hafiz jadikan isu JS-SEZ sebagai bahan kempen...

PM Anwar kecam tindakan Onn Hafiz jadikan isu JS-SEZ sebagai bahan kempen PRN Johor

Read Time:1 Minute, 8 Second

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang menjadikan isu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anwar berkata, tindakan itu tidak wajar kerana JS-SEZ merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan yang sedang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor dan Singapura.

Menurut beliau, urusan berkaitan perjanjian serta pelaksanaan projek itu masih berada di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Soal nak turunkan tandatangan itu, ia antara Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura. Ia belum sampai ke peringkat Menteri Besar lagi.

“Jadi tak payah jadikan isu. Sehingga kini projek sedang berjalan dengan belanja yang tinggi serta turut menerima bantuan daripada Kerajaan Pusat.

“Sudahlah tak berterima kasih, dia gunakan isu itu semasa kempen untuk mencela. Ini tidak kena dan tidak cerdik,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena, hari ini.

Semalam, Onn Hafiz menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan pengumuman pelan induk JS-SEZ bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Johor terus diperkukuh.

Beliau berkata, pelan induk berkenaan telah siap dan tidak wajar terus ditangguhkan kerana penting untuk memberikan kepastian kepada pelabur, selain menjadi panduan kepada hala tuju pembangunan ekonomi negeri.

Menurut Onn Hafiz, pelan itu pada asalnya dijadualkan untuk diumumkan pada penghujung 2025 sebelum tarikh baharu ditetapkan pada 30 Mac tahun ini, namun pelancarannya sekali lagi ditangguhkan.

RELATED ARTICLES
Utama

208 PATI ditahan dalam 26 operasi serentak JIM Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular