HomeUtama70 premis diperiksa, bekalan barangan kawalan di Tawau mencukupi

70 premis diperiksa, bekalan barangan kawalan di Tawau mencukupi

Read Time:1 Minute, 2 Second

TAWAU: Pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terhadap 70 premis perniagaan di sini kelmarin mendapati bekalan barangan kawalan kekal mencukupi.

KPDN Sabah dalam kenyataan memaklumkan operasi itu dijalankan oleh dua pasukan penguat kuasa membabitkan pasar raya dan kedai runcit di sekitar bandar Tawau serta Merotai.

“Hasil pemeriksaan mendapati bekalan barangan kawalan adalah mencukupi dan tiada sebarang aduan berkaitan kehabisan stok diterima di pasaran.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati tanda harga jualan dipamerkan dengan jelas, manakala alat timbang dan sukat yang digunakan bagi tujuan perdagangan masih dalam tempoh tentusah yang sah,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Selain itu, pemeriksaan ke atas stesen-stesen minyak di sekitar tawau juga menunjukkan pematuhan yang baik terhadap peraturan semasa.

“Had pembelian diesel bersubsidi oleh pengguna turut dipatuhi, dan tiada sebarang aktiviti mencurigakan dikesan sepanjang tempoh penugasan dijalankan. Penggunaan bahan api RON95 juga didapati terkawal selaras dengan ketetapan yang berkuat kuasa,” katanya.

Dalam operasi sama, pegawai penguat kuasa turut memberi penerangan kepada peniaga dan pengguna mengenai keperluan pendaftaran di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), khususnya bagi golongan yang layak.

Langkah itu bagi memastikan penyaluran subsidi dilaksanakan secara lebih bersasar dan berkesan.

Orang ramai yang mempunyai aduan atau pertanyaan berkaitan kepenggunaan boleh mengemukakannya kepada KPDN menerusi saluran rasmi yang disediakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar Sabah dinobat delegasi terbaik AYIMUN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular