HomeUtamaPelajar Tingkatan Enam Tongod di luar daerah terima bantuan RM200 mulai hujung...

Pelajar Tingkatan Enam Tongod di luar daerah terima bantuan RM200 mulai hujung tahun

Read Time:1 Minute, 12 Second

BELURAN: Pelajar Tingkatan Enam Atas dari daerah Tongod yang melanjutkan pengajian di sekolah luar daerah bakal menerima bantuan sokongan tunai sebanyak RM200 seorang mulai hujung tahun ini.

Inisiatif baharu itu diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, sebagai usaha membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Menurut Masiung, bantuan itu akan disalurkan kepada pelajar di tiga sekolah menengah utama di Tongod yang menawarkan Tingkatan Enam, iaitu Sekolah Menengah Penangah, Sekolah Menengah Tongod dan Sekolah Menengah Entalibon.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika menghadiri Majlis Kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kuamut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 yang diadakan di Dewan Kampung Toninting, Ulu Sapi, Nangoh, Sabtu lalu.

Katanya, bantuan berkenaan akan diteruskan setiap tahun bermula tahun ini sehingga tamat tempoh perkhidmatannya sebagai wakil rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita berharap bantuan kewangan ini dapat meningkatkan akses kepada pendidikan, khususnya bagi pelajar Tingkatan Enam di daerah Tongod yang menuntut di luar daerah.

“Inisiatif ini akan disalurkan menerusi peruntukan ADUN Kuamut kepada tiga sekolah menengah utama di Tongod,” katanya.

Sebelum ini, Masiung turut menyumbangkan tiga buah bas sekolah, masing-masing sebuah kepada Sekolah Menengah Penangah, Sekolah Menengah Tongod dan Sekolah Menengah Entalibon bagi memudahkan urusan pengangkutan pelajar.

Terdahulu, kerajaan negeri Sabah turut memperkenalkan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) kepada pelajar sekolah menengah, khususnya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebagai antara langkah memperkukuh agenda pendidikan di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

​’Cananglah Bagaimanapun, Harga Minyak Kita Lebih Rendah Dari Arab Saudi’ –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular