HomeUtamaDua lelaki direman 7 hari berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak 10 tahun

Dua lelaki direman 7 hari berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak 10 tahun

Read Time:58 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang warga asing dan seorang warga tempatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Kampung Numbak, Sepanggar, semalam.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 39 dan 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali bermula hari ini hingga 24 Julai.

Permohonan reman dikemukakan oleh pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Polis (ASP) La Paula Abd Muis, mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Namun, tidak banyak maklumat yang dapat didedahkan buat masa ini kerana siasatan masih berjalan,” kata ASP La Paula ketika ditemui selepas prosiding reman secara tertutup selesai.

Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan polis susulan penemuan mayat kanak-kanak warga tempatan Nurjilya Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 13 Julai lalu.

Mayat mangsa ditemukan di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa dipercayai akibat kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala yang disyaki berpunca daripada hentakan menggunakan objek keras dan tumpul.

RELATED ARTICLES
Utama

Genap setahun pemergian Zara, Mahkamah Koroner bertafakur seminit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular