Sejarah Sabah, Malaysia harus diserap sewajarnya dalam kurikulum sekolah – Christina
Mendidik anak-anak Malaysia mengenai tarikh sebenar Hari Kebangsaan (31 Ogos), Hari Sabah (31 Ogos) serta Hari Malaysia (16 Sept), dan bagaimana peristiwa bersejarah yang penting itu berlaku, harus bermula di sekolah untuk mengelakkan kekeliruan kemudian hari, saran Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.