HomeUtamaSejarah Sabah, Malaysia harus diserap sewajarnya dalam kurikulum sekolah - Christina

Sejarah Sabah, Malaysia harus diserap sewajarnya dalam kurikulum sekolah – Christina

Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Mendidik anak-anak Malaysia mengenai tarikh sebenar Hari Kebangsaan (31 Ogos), Hari Sabah (31 Ogos) serta Hari Malaysia (16 Sept), dan bagaimana peristiwa bersejarah yang penting itu berlaku, harus bermula di sekolah untuk mengelakkan kekeliruan kemudian hari, saran Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Beliau menegaskan bahawa kajian mengenai sejarah Sabah dan Malaysia harus diserap dengan sewajarnya ke dalam kurikulum sekolah.

Sehubungan itu, beliau berkata buku sejarah dan buku teks, jurnal dan penerbitan lain yang berkaitan perlu memperbetulkan rekod dengan memberikan maklumat tepat supaya generasi akan datang berpengetahuan tentang sejarah bangsa dan perjuangannya untuk mencapai kemerdekaan.

Dalam perutusan Hari Kemerdekaan Sabah, Christina berkata: “Hari ini (31 Ogos), kita meraikan ‘Hari Sabah’ buat julung kalinya untuk memperingati hari kita merdeka enam dekad lalu, dan memang betul (seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, lebih awal).

“Kita mahu anak-anak kita dan generasi seterusnya membesar dengan pemahaman yang jelas tentang peristiwa penting sejarah tentang Sabah dan Malaysia. Kia tidak mahu mereka belajar perkara yang salah dengan terdedah kepada penyelewengan fakta sejarah.

“Adalah penting bagi semua rakyat Malaysia, muda dan tua, menghargai kenegaraan dan nilai nasionalisme Malaysia. Kita berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme dalam Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Christina, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api Api, berkata, secara asasnya, Sabah mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, dan diberikan pemerintahan sendiri oleh British selama dua minggu.

“Hanya pada 16 September 1963 barulah Sabah menyertai Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

“Tidak ada Malaysia pada 31 Ogos 1963, jadi adalah tidak betul untuk sesiapa menyatakan bahawa Sabah menyertai Malaysia pada hari itu,” katanya.

Christina juga menyatakan bahawa pihak tertentu, sehingga baru-baru ini, masih mempertikaikan tarikh sebenar pembentukan Malaysia.

“Jelas sekali, Malaysia berusia 60 tahun, dan bukan 66 tahun (seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak) kerana Malaysia tidak wujud ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

“Jadi, bagaimana pula Malaysia boleh berumur 66 tahun? Kita tidak boleh memadamkan sejarah,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Klinik Mesra Remaja beri penekanan kesejahteraan remaja secara menyeluruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya