HomeUtamaAhmad Terrirudin dilantik Peguam Negara yang baharuĀ 

Ahmad Terrirudin dilantik Peguam Negara yang baharuĀ 

Read Time:27 Second

KUALA LUMPUR – Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.

Pelantikannya berkuat kuasa 6 September ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan Ahmad Terrirudin yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

ā€œKerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Idrus Harun atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sewakan akaun bank, remaja didenda RM10,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular