Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan Dato’ Seri Tiong King Sing bersetuju menangani dan menyelesaikan isu berkaitan pelancongan yang dibangkitkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.
Pihak Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) amat terkejut di atas kejadian cabul yang berlaku pada 5 Mei 2023 jam 1.00 petang membabitkan seorang pelancong wanita warga China semasa aktiviti menyelam di kawasan perairan sebuah pulau peranginan di daerah Semporna.