HomeUtamaKes cabul pelancong wanita warga China jejas imej pelancongan di Sabah -...

Kes cabul pelancong wanita warga China jejas imej pelancongan di Sabah – Christina

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Pihak Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) amat terkejut di atas kejadian cabul yang berlaku pada 5 Mei 2023 jam 1.00 petang membabitkan seorang pelancong wanita warga China semasa aktiviti menyelam di kawasan perairan sebuah pulau peranginan di daerah Semporna.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, walau bagaimanapun insiden ini berlaku di luar kawasan Taman Pulau Sipadan dan Taman Marin Tun Sakaran di bawah pengurusan pihak Taman-Taman Sabah.

Katanya, mangsa yang berumur 24 tahun, merupakan seorang wanita warganegara China telah membuat aduan tersebut di Ibu pejabat Polis Daerah Semporna pada 6 Mei 2023.

“Mangsa mendakwa suspek iaitu seorang pembantu jurulatih selam skuba (Divemaster) telah mencium pipinya semasa aktiviti selam skuba.

“Suspek telah pun ditahan oleh pihak polis dan direman selama empat hari,” kata Christina dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Christina, kejadian seperti ini amat menjejaskan imej pelancongan di daerah Semporna khususnya dan Sabah secara amnya lebih-lebih lagi industri pelancongan kembali rancak selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pihak KePKAS berasa teramat kesal dengan insiden ini dan menyeru serta menggesa semua ejen pelancongan di negeri ini agar memainkan peranan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan lebih bertanggungjawab dalam memastikan insiden seperti ini tidak berulang lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, memandangkan aktiviti pelancongan di Sabah semakin meningkat, semua pengusaha yang terlibat dalam aktiviti pelancongan memastikan bahawa kakitangan mereka sentiasa diberi nasihat dan peringatan iaitu pastikan menjaga tingkah laku agar tidak melakukan perkara yang tidak sewajarnya.

“Kehadiran pelancong yang ramai kerana mereka (pelancong) yakin Sabah adalah tempat yang selamat untuk dikunjungi.

“Bagaimanapun, kes sedemikian telah pun berlaku. Tindakan telahpun diambil dan suspek ditangkap apabila sahaja kita terima laporan, kita ambil tindakan segera,” tegasnya.

Jauteh berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas empat jawatan Ketua Jabatan PDRM Kontinjen Sabah di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di sini, hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular