HomeIsu tempatanAGM SAFA Sabtu ini

AGM SAFA Sabtu ini

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Sabtu ini.

Timbalan Presiden SAFA, Datuk Abdul Rahman Zakaria berkata, jawatan Presiden akan disandang Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya.

Katanya, hanya Datuk Shahelmey seorang saja yang menerima pencalonan sebagai Presiden dan dengan itu telah menang tanpa bertanding.

“Bagaimanapun, jawatan kepimpinan tertinggi lain termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) akan melibatkan pertandingan.

“Proses pertandingan kepimpinan tertinggi SAFA ini akan dijalankan selaras dengan perlembagaan persatuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rahman berkata, selaku Timbalan Presiden SAFA ketika ini, beliau akan memberi sokongan padu dan kerjasama sepenuhnya kepada Datuk Shahelmey untuk menerajui SAFA.

Katanya, ia demi kemajuan bola sepak di negeri ini kerana umum mengetahui pembabitan Datuk Shahelmey dalam bola sepak negeri bukan perkara baharu.

“Saya dan semua ahli gabungan lain yakin beliau mampu memimpin persatuan itu dengan baik ke arah menaikkan lagi imej sukan bola sepak di Sabah.

“Pengalaman dan pengetahuan beliau dalam soal berkaitan bola sepak sudah tentu akan membantu SAFA untuk berfungsi dengan lebih baik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Presiden Persatuan Alumni KTYS terima Darjah Kebesaran P.G.D.K

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular