HomeEkonomiSabah ke arah gerbang utama kemasukan perdagangan BIMP-EAGA

Sabah ke arah gerbang utama kemasukan perdagangan BIMP-EAGA

Read Time:1 Minute, 33 Second

Sabah berpotensi besar sebagai gerbang utama untuk kemasukan perdagangan, dengan fokus ke arah Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina atau rantau Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA). 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kejayaan gerbang ini banyak ditentukan dengan pembangunan berterusan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar, projek yang diluluskan pada 2016 dengan nilai RM1.03 bilion. 

”Perkhidmatan pelabuhan dan perniagaan sedia ada yang ditawarkan juga akan membantu melantunkan ekonomi negeri. 

”Saya juga berpuas hati bahawa projek pembesaran berterusan di bawah SEDIA (Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah), yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan dijangka siap pada 2024, memenuhi perhatian serantau ke atas keprihatinan hijau dan kelestarian,” katanya dalam satu kenyataan selepas melawat pelabuhan itu hari ini.

Ongkili juga mengakui usaha Sabah Port Sdn Bhd (SPSB) dan peranan strategiknya dalam memperkukuhkan industri berkenaan.

SPSB telah membelanjakan hampir RM1 bilion untuk menaik taraf kemudahan dan peralatan pelabuhan sejak pengambilalihan serta telah melakukan usaha yang terbaik sebagai peneraju industri, mewujudkan lebih banyak pertumbuhan ekonomi dan peluang untuk penduduk tempatan.

Sementara itu, menurut Ongkili lagi, dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Sri Mustapa Mohamed, mereka secara bersama telah menyelia SEDIA, sebuah agensi koridor  Sabah yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan.

Dalam lawatan tersebut, beliau diberi taklimat oleh Pengarah Urusan SPSB, Datuk Ng Kiat Min dan Naib Presiden SEDIA, Dr Chong Vun Leong, mengenai operasi dan status semasa pelabuhan. 

Ongkili menegaskan komitmen untuk menyokong inisiatif Sabah Port dalam meletakkan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar sebagai hab penghantaran serantau yang akan berfungsi sebagai gerbang masuk utama kepada BIMP-EAGA, Intra Asia serta pasaran yang berkembang pesat di China, Korea dan Jepun.

— BERNAMA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Jiangxi, Sabah meterai MoU, jalin rangkaian perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya