HomeIsu tempatanTUDM Hantar Sumbangan NGO Untuk Golongan Terkesan COVID-19 di Tawau

TUDM Hantar Sumbangan NGO Untuk Golongan Terkesan COVID-19 di Tawau

Read Time:1 Minute, 11 Second

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan penerbangan khas menghantar sumbangan makanan untuk golongan memerlukan di negeri ini yang terkesan akibat kemiskinan dan pandemik COVID-19.

Penerbangan komunikasi logistik pesawat angkut A400M milik TUDM itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang dan mendarat di negeri ini melalui Lapangan Terbang Tawau.

Kenyataan media TUDM di sini, semalam, menyebut penerbangan bantuan logistik itu membawa barangan sumbangan kebajikan badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Ikhlas.

Barangan yang dimuatkan ke dalam 37 kotak seberat 665kg itu meliputi makanan asas seperti beras, bihun, gula, minyak masak, tepung gandum, biskut dan makanan bertin.

Kerja-kerja memuat naik barangan juga dijalankan anggota TUDM Cabang Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang seawal jam 5 pagi sebelum pesawat berlepas jam 7 pagi.

Juruterbang bertugas, Mejar Khairul Ikhmal TUDM yang dibantu Kapten Muhd Izwan TUDM serta turut melibatkan dua anak kapal, PW U II Hairy dan Sarjan U Nur Amsyar.

Sebelum ini, TUDM turut menjalankan usaha serupa pada 11 Februari lepas dalam usaha membantu penduduk di Sabah yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Bantuan terbaharu pula disalurkan oleh Yayasan Ikhlas, sebuah NGO yang ditubuhkan pada 5 Mac 2009 mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258).

Dalam kenyataan media sama juga, kerjasama padu semua pihak dalam menyalurkan bantuan untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan negara diharap sentiasa diutamakan.

Pada masa sama, TUDM sentiasa bersiapsiaga melaksanakan tugas dan amanah yang diterima dalam usaha memastikan proses penghantaran bantuan berjalan dengan lancar

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular