HomeIsu tempatanKes baharu Sabah Turun Dua Angka Selepas Lebih Seminggu Rekod Tiga Angka

Kes baharu Sabah Turun Dua Angka Selepas Lebih Seminggu Rekod Tiga Angka

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kes positif baharu COVID-19 di Sabah kembali turun kepada dua angka iaitu 82 kes hari ini selepas lebih seminggu merekodkan kes positif harian tiga angka.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata angka hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,992 kes dengan satu kematian di Tawau.

“Sebanyak 48 kes atau 58.5 peratus daripada jumlah kes baharu itu adalah berpunca daripada saringan kontak rapat; 13 kes (15.9 peratus) saringan bergejala, 14 kes (17.1 peratus) kluster sedia ada dan tujuh kes (8.5 peratus) lain-lain kategori,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata seramai 107 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah sebanyak 55,361 orang.

Beliau berkata seramai 1,010 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 313 orang di hospital, 632 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Awam manakala 65 lagi di Pusat Tahanan Sementara dan penjara.

Dalam pada itu, Masidi berkata enam daerah di Sabah dikategorikan dalam zon merah, empat daerah zon jingga, zon kuning (12 daerah) dan lima daerah zon hijau iaitu Tambunan; Tenom; Kota Marudu; Telupid serta Tongod.

Mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri, Masidi berkata 51,787 orang telah menerima suntikan dos pertama manakala 42,178 orang telah melengkapkan kedua-dua dos.

— BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya