HomeEkonomiBursa Malaysia Kembali Meningkat

Bursa Malaysia Kembali Meningkat

Read Time:2 Minute, 35 Second

Bursa Malaysia meningkat semula pada Khamis, mencerminkan pemulihan semalaman pasaran Amerika Syarikat (AS).

Semua indeks dan indeks sektoral berada dalam keadaan positif dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.8 mata kepada 1,600.38 setakat 9.05 pagi.

Saham pandu pasaran dibuka 3.31 mata lebih tinggi kepada 1,599.89.

Keseluruhan suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 266 kepada 156, manakala 329 kaunter tidak berubah, 1,435 tidak diniagakan dan enam yang lain

Jumlah dagangan adalah 386.22 juta saham bernilai RM156.58 juta.

Malacca Securities menjangka bursa tempatan mungkin mencatatkan sedikit kenaikan semula, menjejaki peningkatan semalaman di Wall Street

Bursa tempatan mungkin mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Nasdaq dan meletakkan sektor teknologi itu pada radar, katanya dalam satu nota.

Pada Rabu, saham AS pulih daripada penyusutan pada sesi sebelumnya berikutan Dow meningkat dengan tumpuan pelabur beralih kepada kemajuan pemulihan ekonomi di tengah-tengah pengeluaran pendapatan korporat yang ketara.

Dow naik 0.93 mata kepada 34,137.31, Nasdaq meningkat 1.19 peratus untuk ditutup kepada 13,950.22 dan S&P 500 naik 0.93 peratus untuk ditutup kepada 4,173.42. Selain itu, bursa Asia ditutup rendah semalam.

Di peringkat tempatan, Malacca Securities yakin kaunter perladangan mungkin menyaksikan sedikit peningkatan susulan harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih kukuh.

Harga MSM terus berlegar menghampiri paras RM4,000, namun impak positif masih belum dicerminkan di kaunter perladangan.

Bagaimanapun, kaunter sarung tangan mungkin menurun akibat kebimbangan terhadap harga jualan purata sarung tangan berikutan program vaksinasi COVID-19 yang sedang dilaksanakan dan kelemahan harga minyak yang dijangka mengehadkan kenaikan itu.

Harga minyak merosot ketara pada Rabu susulan kebimbangan mengenai unjuran permintaan tenaga selepas peningkatan inventori minyak mentah AS yang tidak dijangka dan lonjakan penularan COVID-19 di India.

Di peringkat tempatan, kebanyakan kaunter wajaran tinggi adalah rendah dengan hanya empat kaunter terutama saham sarung tangan yang berada dalam keadaan negatif.

Petronas Chemicals naik enam sen kepada RM7.85, manakala Axiata dan Sime Darby Plantation masing-masing menokok tiga sen kepada RM3.84 dan RM4.46.

PPB Group meningkat 18 sen kepada RM18.68 dan CIMB menambah dua sen kepada RM4.24.

Press Metal dan Digi susut satu sen kepada RM5.24 dan RM4.19, manakala Hartalega dan Supermax berkurangan dua sen kepada RM10.10 dan RM5.52.

Dalam kalangan saham aktif, Techhna-X dan Key Asic masing-masing meningkat dua sen kepada 15 sen dan 23 sen.

Ucrest meningkat 1.5 sen kepada 50 sen dan Dynaciate rendah setengah sen kepada 11 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 34.91 mata kepada 11,790.03, FBMT 100 naik 32.23 mata kepada 11,443.00, manakala FBM 70 meningkat 63.42 mata kepada 15,573.87.

FBM Emas Shariah naik 45.08 mata kepada 13,197.67 dan FBM ACE tinggi 59.18 mata kepada 8,585.26.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan 24.11 mata lebih tinggi kepada 6,84214, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 17.79 mata kepada 15,029.21, dan Indeks Produk dan Perindustrian meningkat 0.61 mata kepada 195.37.

-BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Datuk Suhaimi didasari emosi, bukan fakta sebenar – Nizam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular