HomePolitikKerjasama PBS, WARISAN Hanya Satu Propaganda Pihak Tertentu - Hajiji

Kerjasama PBS, WARISAN Hanya Satu Propaganda Pihak Tertentu – Hajiji

Read Time:1 Minute, 0 Second

 Isu kerjasama politik diantara Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama Parti Warisan Sabah (WARISAN) hanya satu propaganda yang dimainkan oleh pihak tertentu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, propaganda itu mungkin mempunyai niat untuk mengelirukan rakyat atau mencuba sesuatu yang boleh merosakan perpaduan dalam komponan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kerajaan GRS sangat stabil dan diberikan mandat oleh rakyat, oleh itu kita memberikan fokus kepada membangunkan Sabah.

“Saya tidaklah menumpukan perhatian kepada isu seperti ini. Setiausaha Agung PBS pun sudah nafikan perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran Kg Meruntum di sini, hari ini.

Beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengan isu-isu seumpamanya. Kerajaan hari ini akan bangunkan negeri dan menumpukan usaha atau kerja-kerja yang diharapkan rakyat.

Sementara itu, Hajiji memberikan jaminan bahawa mangsa kebakaran Kg Meruntum boleh mendirikan semula rumah mereka dikawasan rumah sebelum ini.

“Kerajaan membenarkan mereka untuk mendirikan semula rumah dikawasan terbakar itu, tanah itu adalah milik kerajaan dan kita benarkan.

“Kita akan memastikan kerja-kerja mendirikan rumah itu akan dipantau dan hanya mangsa kebakaran sahaja dibenarkan mendirikan rumah di kawasan berkenaan,” katanya.

Hajiji jamin bahawa bantuan akan terus diberikan oleh jabatan-jabatan berkaitan untuk meringankan beban semua mangsa kebakaran.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya