HomePolitikPBS Kekal Kukuh Dalam GRS - Ongkili

PBS Kekal Kukuh Dalam GRS – Ongkili

Read Time:2 Minute, 15 Second

Sebagai tunggak utama Kerajaan negeri Sabah, tidak ada sebab untuk Parti Bersatu Sabah menggugat keutuhan dan perpaduan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam memberi jaminan kepada Datuk Seri Hajiji Noor mengenai komitmen PBS, Presiden parti, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menambah sokongan PBS tidak berbelah bagi, terutamanya kepada kepimpinan Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian selepas kunjungan hormat sempena Hari Raya selama dua jam kepada Hajiji, yang turut disertai oleh tiga Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Radin Malleh, Datuk Jahid Jahim dan Datuk Dr Yee Moh Chai, Naib Presiden Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Setiausaha Agung Datuk Joniston Bangkuai, semalam. 

“Semasa kunjungan hormat, kami telah menyentuh banyak isu mengenai GRS, hal-hal kerajaan negeri dan pentadbiran, terutama mengenai Covid-19 dan ekonomi.

 “Kami turut meyakinkan Hajiji bahawa PBS sentiasa memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Ketua Menteri, manakala jentera parti sedang giat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan pembangunan dan strategi Sabah Maju Jaya,” kata Ongkili.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) menjelaskan bahawa kenyataannya baru-baru ini telah disalahtafsir oleh beberapa pihak, malahan ada yang sengaja memutarbelit fakta untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

“Tujuan saya sebenarnya adalah untuk menyatakan keterbukaan PBS terhadap parti  pembangkang, termasuklah Parti Warisan, untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan persekutuan bagi mencapai pembangunan bersama demi kebaikan Sabah dan rakyatnya.

“Kenyataan saya itu tidak lebih dari sekadar menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama. Lagipun, Warisan yang terlebih dahulu menyatakan hasrat untuk menjalin persahabatan dan kerjasama, dan Presiden mereka (Datuk Seri Shafie Apdal) telah telah menyatakan hasrat beliau pada bulan Ramadhan, iaitu bulan untuk merapatkan hubungan persahabatan … jadi wajarlah bagi PBS untuk memberikan isyarat yang serupa demi mengukuhkan hubungan politik,” jelas Ongkili.

Ahli Parlimen Kota Marudu tersebut turut menyatakan hanya melalui kerjasama, persahabatan politik dan sokongan, negara ini dapat dibangunkan sepenuhnya.

“Tapi ini tidak bermaksud kita harus membentuk satu gabungan, atau pakatan. Hasrat PBS adalah untuk mengeratkan silaturahim dan kerjasama dengan Warisan di peringkat Perikatan Nasional.

“Dan sebagai Presiden PBS, saya menghulurkan jemputan kepada Parti Warisan untuk mempertimbangkan kerjasama politik dengan PN, sama ada sebagai ahli atau rakan kongsi. Dan kami (PBS) amat berbesar hati menjadi penaja kepada Warisan untuk menjadi sebahagian daripada gabungan PN. Marilah bekerjasama dengan kami di bawah PN.

“Sememangnya, untuk membentuk pakatan baru atau idea gabungan adalah satu perkara yang sukar bagi PBS dan Warisan kerana kami mempunyai identiti dan peranan politik yang berbeza. Sejak penubuhan parti 36 tahun lalu, PBS kini sudah sinonim dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), keselamatan rakyat dan kebanjiran pendatang tanpa izin.

“Kita mampu  bekerjasama demi memperjuangkan matlamat mulia ini, di samping memperkukuhkan objektif PN. Saya yakin Warisan juga boleh memainkan peranan dan menyumbang kepada pencapaian aspirasi nasional ini,” kata Ongkili.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya