HomeUtamaARMADA BERSATU ambil pendekatan bantu mereka terkesan banjir

ARMADA BERSATU ambil pendekatan bantu mereka terkesan banjir

Read Time:1 Minute, 9 Second

Ekoran banjir teruk yang melanda daerah ini minggu lalu, Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU mengambil pendekatan membantu mereka yang terkesan dengan musibah itu dalam pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan.

Terbaru, ARMADA BERSATU Beaufort yang diketuai Mohd Shahril Osin bersama wakil rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, Datuk Isnin Aliasnih melaksanakan program gotong-royong membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pintas yang ditenggelami banjir sebagai usaha membantu warga sekolah terbabit.


Ekoran pandemik COVID-19, program gotong-royong yang diadakan itu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang aktiviti pembersihan sekolah dijalankan.

Selain membantu membersihkan sekolah, beberapa pihak turut tampil menyampaikan sumbangan kepada sekolah tersebut antaranya daripada Yayasan Peneraju berupa tikar sebanyak empat gulung dan peralatan membersihkan sekolah. Turut menyampaikan peralatan sekolah berupa beberapa buah rak buku yang disumbangkan Ketua ARMADA BERSATU Putatan.


Isnin yang juga Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada sekolah serta RM1,000 daripada Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin juga diserahkan kepada sekolah terbabit.

Selain itu, Naib Ketua ARMADA BERSATU Sabah, Rafie Robert merangkap Ketua ARMADA BERSATU Keningau turut menyampaikan sumbangan bakul makanan dan keperluan kepada Isnin untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

“Bagi meringankan beban mereka, ARMADA BERSATU Beaufort tampil mengambil inisiatif dengan memberikan servis motor percuma dan menyampaikan baucar isian minyak petrol kepada ‘rider’ sebagai suntikan semangat untuk mereka meneruskan kerja masing-masing, ” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya