HomeIsu tempatanBanjir : AIM hulur sumbangan RM20,000 Di Beaufort

Banjir : AIM hulur sumbangan RM20,000 Di Beaufort

Read Time:1 Minute, 40 Second

Susulan situasi getir ekoran banjir yang melanda kawasan ini, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengambil inisiatif menyumbang RM20,000 kepada Jawatan Kuasa Bencana Alam Daerah Beaufort.

Sumbangan itu diserahkan Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin kepada Pegawai Daerah Beaufort selaku Pengerusi Bencana Alam kawasan ini semasa lawatan beliau ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Dun Banir, kelmarin.

Lajim berkata, sumbangan berkenaan bagi memudahkan lagi usaha jawatan kuasa itu mengelola segala keperluan dan kebajikan mangsa banjir di kawasan ini khususnya yang ditempatkan di PPS.

Katanya, inisiatif itu merupakan salah tanggungjawab sosial korporat (CSR) AIM bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir di kawasan ini hingga ramai penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS.

“Sumbangan AIM ini bagi membantu Jawatan Kuasa Bencana Alam Beaufort mengelola situasi banjir di kawasan ini termasuk penyediaan barangan makanan serta keperluan lainnya untuk penduduk yang ditempatkan di PPS ini.

“Kita (AIM) akan terus membantu jika situasi banjir di sini berlanjutan. Mungkin ada bantuan kali kedua (sumbangan) dari AIM sebagai CSR kita supaya keperluan mereka yang terjejas terjaga.

https://www.facebook.com/plugins/video.php?height=308&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FAmanahIkhtiarMalaysia%2Fvideos%2F381885029796752%2F&show_text=true&width=560

“Selain Beaufort, saya juga telah meluluskan sedikit peruntukan (AIM) sama sebanyak RM10,000 kepada Jawatan Kuasa Bencana Alam Daerah Tenom yang difahamkan situasi banjir di kawasan iaitu kini semakin stabil,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, Datuk Isnin Aliasnih; Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun; Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob dan Pengarah Bomba Negeri Sabah, Md Ali Ismail.

Terdahulu, Lajim turut berkesempatan meninjau beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir termasuk mengagihkan bantuan barangan dapur kepada mangsa-mangsa terlibat.

Susulan hujan berterusan sejak tiga hari lalu mengakibatkan beberapa kawasan di Beaufort dan Tenom dilanda banjir hingga menyebabkan kira-kira 2,599 mangsa banjir dipindahkan ke PPS kawasan masing-masing.


Setakat Khamis lalu, Tenom mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,128 orang berbanding Beaufort 471 orang dan jumlah ini dijangka meningkat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya