HomeUtamaKaamatan platform penting bentuk kesatuan rakyat di Sabah

Kaamatan platform penting bentuk kesatuan rakyat di Sabah

Read Time:50 Second

Sambutan Pesta Kaamatan kekal menjadi platform penting kesatuan serta kerjasama dalam kalangan rakyat di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dengan kerjasama dan kesatuan yang erat, ianya mampu membawa Sabah bergerak ke hadapan seterusnya mencapai kejayaan yang lebih tinggi khususnya dibawah Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan KDCA secara maya semalam.

Katanya, Pesta Kaamatan adalah perayaan besar di Sabah khususnya kepada komuniti Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus serta etnik yang lain.

“Rakyat harus menjadikan Kaamatan dengan membawa mesej berdamai dan keamanan sebagai tunjang kesatuan di Sabah, usaha itu sering menjadi modal keharmonian dalam kalangan kaum di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, pandemik COVID-19 telah menyebabkan sambutan Kaamatan disambut dengan cara berbeza kali ini yang  mana pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau dilakukan secara atas talian.

Katanya, perkara yang lebih penting adalah setiap orang dalam masyarakat perlu sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) agar bersama-sama mampu membendung penularan COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

74 Gereja di Tongod Terima Sumbangan Sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular